Mentaati ibu bapa sangatlah penting dalam hidup kita. Allah sentiasa menyayangi anak yang sentiasa mentaati ibu bapanya. Selalunya kita akan menyayangi secara fizikal sahaja. Bukanlah semua anak-anak begitu, hanya sesetengah sahaja. Terdapat juga anak-anak yang menyayangi ibu bapa mereka secara keseluruhannya.
Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT.
Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi tenang.
Doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya adalah seperti berikut:-
*Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8).
*Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147).
*Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).

Keluarga Bahagia |
Ibu Yang Penyayang |
Jadi apa yang kita tunggu lagi. Cepat-cepatlah mendoakan ibu bapa kita. Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).
Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)
Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik. Insyaallah.....