Assalamu'alaikum all and how are you?
... ... ... ... ... And ... ... ... ... ....
Assalamu'alaikum all and how are you?
Dari Al Qur’anul Karim
BismillahirRahmanirRahiim.
'Dengan Nama Allah yang amat pengasih lagi maha Penyayang"
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
“Beribadahlah
kalian kepada Allah dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan
sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua … .” (An Nisa’ :
36)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat di atas :
“Kemudian (setelah menyuruh bertauhid, pent.) Allah Subhanahu wa Ta'ala
memberi wasiat untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Karena Allah
menjadikan mereka berdua sebagai sebab keluarnya engkau dari ‘tidak ada’
menjadi ‘ada’. Dan banyak sekali Allah menggandengkan perintah
beribadah kepada-Nya dengan berbuat baik kepada kedua orang tua.”
Katakanlah
: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kalian oleh Rabb kalian,
yaitu janganlah mempersekutukan sesuatu dengan Dia dan berbuat baiklah
terhadap kedua orang tua.” (Al An’am : 151)
Dan Rabbmu telah
memerintahkan supaya kalian jangan beribadah kecuali kepada-Nya dan
hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya.
Jika salah seorang di antara keduanya atau keduanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah mengatakan kepada
keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya dan
ucapkanlah kepada keduanya ucapan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : “Wahai
Rabbku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah
mendidik aku waktu kecil.” (Al Isra’ : 23-24)
“Dan Kami
wajibkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika
keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak
ada pengetahuanmu tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya.
Hanya kepada-Ku-lah kalian kembali lalu Aku khabarkan kepada kalian apa
yang telah kalian kerjakan.” (Al Ankabut : 8)
Dan ingatlah ketika
Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pelajaran kepadanya :
“Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mempersekutukan-Nya itu adalah kedhaliman yang besar.” Dan Kami
perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tua,
ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan
menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua
orang tuamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu
untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu
tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah
keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali
kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku-lah kalian kembali maka
Ku-beritahukan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan. (Luqman :
13-15)
Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik
kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah
dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai
menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia dewasa dan
umurnya telah sampai empat puluh tahun, ia berdoa : “Ya Rabbku,
tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan
kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan supaya aku dapat berbuat amal
shalih yang Engkau ridlai, berilah kebaikan kepadaku dengan memberi
kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku termasuk orang yang
berserah diri.” Mereka inilah orang-orang yang Kami terima dari mereka
amalan yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni
kesalahan-kesalahan mereka bersama penghuni-penghuni Surga sebagai janji
yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka. (Al Ahqaf :
15-16)Sodaqallahul'Aziim.
Ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala
yang agung di atas memberikan pelajaran kepada kita betapa besarnya
kedudukan kedua orang tua. Kita wajib mematuhi keduanya selama keduanya
menyuruh kepada kebaikan dan ketaatan kepada Allah.
WabillahitTaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum wr.wb.wm.
sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5331.0
Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang
solehah adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha
untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar.
Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak
keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu
tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling
penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT.
Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi tenang.
Doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya adalah seperti berikut:-
*Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8).
*Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147).
*Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).
Sebagai seorang anak kita mestilah taat
kepada kedua Ibu & Bapa Jikalau kita ingin melakukan sesuatu
pekerjaan yang baik ataupun yang ringkasnya sesuatu yang diredhai Allah,
tetapi Ibu tidak redha diatas pekerjaan tersebut adakah kita harus akur
terhadap kehendaknya (Ibu). Kerana setahu saya keredhaan Ibu adalah jua
keredhaan Allah s.w.t ...
Tetapi saya masih lagi berharap ke hadrat Allah supaya saya dapat melaksanakan niat saya itu.
Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi
perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah
mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari
mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah
itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis
mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).
Dalam
sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr,
ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata:
"Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku
ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini
dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda
baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti
tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)
Jadi
perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan
Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat
melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.
Allahualam.....
Anak-anak adalah harta berharga bagi mak ayah. Boleh jadi anak-anak
menjadi tiket untuk ke syurga bagi kedua ibu bapa, boleh jadi menjadi
tiket untuk melangkah ke pintu neraka. MashaALLAh. Betapa penting dan
berharganya anak-anak, bukan?
Bagaimanakah diri anda sebagai seorang anak? The choice is in your hand.
Sebagai anak, bila melihat wajah kedua ibu bapa, apa yang anda
rasakan? Cuba pandang mereka dengan hati dan kedudukan sebagai seorang
anak, anda akan dapat rasa sesuatu dalam hati tu. InshaALLAh.
Pernah cuba tatap wajah mereka tak?
Nak Anak Yang Soleh/ah, Didik Diri Dahulu
Saya, belum kahwin. Dan ada diantara anda juga belum kahwin, kan?
Tapi satu yang saya sangat pasti adalah, anda menginginkan anak yang
baik, soleh dan solehah, yang dapat memberi kebaikan kepada anda juga.
Yang menyejukkan mata apabila dipandang, terasa tenang apabila mendengar
suaranya, dan terasa damai apabila melihat anak anda (baca: masa depan)
membuat kebaikan dijalan ALLAh SWT.
Semestinya anak yang soleh/ah itu sentiasa mengingati kedua ibu
bapanya didalam doanya. Tiada hari yang dilalui tanpa menyelitkan
secebis doa kepada kedua orang tuanya dengan harapan, ALLAh memberikan
belas kasih dan rahmat untuk menempatkan keduanya didalam syurga.
Subhanallah! Terasa berkaca-kaca mata ini menaip bait kata di atas.
Pasti bahagia memiliki anak yang sedemikian.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, saya dan anda tidak akan
memperolehi anak yang baik atau lebih baik dari diri kita sendiri
andainya tidak memulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.
Dapat tak?
Baik. Begini, untuk memiliki anak yang soleh/ah, semestinya anda yang
terlebih dahulu patut mendidik diri sendiri agar menjadi seorang anak
yang soleh/ah. Barulah nanti keturunan anda menjadi seperti apa anda
pada hari ini. Adalah tidak adil sekiranya seseorang manusia itu hanya
memasang angan-angan ada anak yang menyejukkan mata dan hati sekiranya
dirinya sendiri tidak diperbaiki terlebih dahulu.
Kalau nak ada anak soleh dan solehah yang tetap mendirikan solat,
kena mula dari diri sendiri. Anak kita adalah kita yang sekarang; boleh
jadi lebih baik dari kita. Maka, selepas solat jangan lupa berdoa untuk
anak-anak walaupun kamu belum ada anak. Didik anak-anak hatta mereka
belum berada dalam rahim kamu. Ingat, anak yang soleh/solehah adalah
harta berharga.
Didik Anak Sebelum Mengandungkannya
Saya masih ingat kata-kata seorang Guru saya. Walaupun waktu tu saya
tak ambil pusing sangat. Tapi saya tetap berpegang pada kata-kata itu.
Didik anak sebelum berada dalam rahim anda (wanita/isteri).
Macam mustahil nak didik anak sebelum mengandung, kan. Senyum.
Macam mana tu?
Bermula dari sekarang, hatta anda belum berkahwin sekalipun. Didiklah
anak-anak anda dengan sebaiknya. Macam mana? Jaga kelakuan anda sebagai
seorang anak, jaga kebaikan hubungan dengan kedua orang tua, dan
terutamanya dengan ALLAh SWT.
Didik bakal anak-anak anda dengan doa yang baik selepas solat.
Kiranya, nak anak yang baik, kenalah diri sendiri menjadi baik terlebih dahulu.
Anak Anda Adalah Anda Pada Hari Ini
Bonda dan Ibu selalu cakap, nenek juga selalu nasihatkan. Kelakuan
kita sekarang terhadap kedua ibu bapa, maka itulah kelakuan anak-anak
pada masa terhadap kita, kedua orang tuanya.
Saya percaya akan itu. Sudah berapa kali pernah menyaksikan kejadian seperti ini.
Hukum alam, sunnatullah.
Bila memikirkan tanggungjawab ibu bapa dan cuba menyelaminya, berat
juga tanggungjawab itu sebenarnya. Sebab, ibu bapa adalah pencorak
kepada anak tersebut. Jika terukir buruk coraknya, maka buruklah si
anak. Jika terukir cantik coraknya, maka cantiklah akhlak si anak.
Sehingga entri ini ditulis, doa saya, moga-moga saya boleh lebih
berusaha menjadi anak yang tidak menyusahkan kedua orang tuanya. Yang
sentiasa ingat mereka dalam doa saya. Yang saya kasihi mereka dengan
hati kecil saya ini dengan kasih yang luar biasa.
saya nak sayang Abah dan Bonda melebihi dari adik beradik saya yang lain. Heh.
Oh, entri ini. Saja dicoret mengingatkan diri sendiri.
Sepertimana saya rasa bahagia bila membayangkan ada anak soleh/ah,
maka saya kena jadi seperti yang saya bayangkan terhadap kedua orang tua
saya. Kena didik diri sendiri, barulah anak dimasa depan akan terdidik.
InshaALLAh!
Seperkara lagi, saya sangat cemburu pada anak-anak yang soleh dan solehah. Betul. Saya sangat cemburu pada mereka sebenarnya.
Jom menjadi anak penyejuk hati dan penawar dimata. Ececeh. Hi hi.
Semoga ALLAh merahmati.
Pertama: Mengurus Jenazah Ibubapa.
Assalamualaikum w.r.t. Salam Satu Malaysia.